Mengenai Saya

My Photo
Hazlie
Alor Setar / Pendang, Kedah, Malaysia
View my complete profile

Sunday, November 15, 2009

Jendela

Novel ini ditulis di atas sebab pemilik blog ini ingin mencuba menulis novel. Walaupun saya nie kurang jiwang tapi saya cuba menulis sebuah novel yang berjudul Jendela.

Sarah berhenti menulis apabila matanya tiba-tiba terpandang sekeping gambar di dalam bingkai kaca di atas mejanya. Di tenung dan kemudian tangannya mencapai gambar tersebut di usap-usap muka lelaki yang berada di dalam cermin tersebut. Hatinya terdetik dan merintih kemanakah menghilangnya Fuzuan. Sayang aku merinduimu sayang. Walaupun sehingga ke saat ini tiada khabar berita yang ku terima dari mu sejak 6 bulan yang lalu. Teringat saat manis kenangannya dan Fuzuan bersama-sama mengharungi detik-detik suka dan duka. Namun kini mengapa hanya aku yang berduka. Potret itu diletakkan kembali di atas meja. Di tutupnya buku yang sedang di tulis dan air matanya mula bergenang dan kelopak-kelopak air jernih mula membasahi pipinya yang mulus itu. Terdetik di hatinya sampai bila aku harus mengenang nasibku ini. Fuzuan di mana kau sayang. Tiba-tiba dia tersentak apabila terdengar suara ibu memanggil dari dapur. "Sarah turun makan nak. Nasi mak dah hidangkan nie. Ada sambal tumis yang kegemaran kau nie'. Air mata di sapu sebersih-bersihnya agar tiada kesan menangis. Nanti bila di soal ibu akan sukar untuk menjawabnya. Sarah menuruni anak tangga perlahan-lahan agar sedu di hati hilang. Sarah mencapai pinggan yang di rak besi di dapur lalu di bawa menuju ke meja makan. Di senduknya nasi sedikit untuk mengambil hati ibunya. Jika diikutkan hati tiada selera lagi untuk Sarah menjamah nasi pada malam ini.

"Sarah makan la lebih sikit sayang. Nanti masuk angin perut tu". pinta ibu. "Takpe mak Sarah dah kenyang sangat makan goreng pisang dengan Zety di pejabat tadi". ujar Sarah. Hatinya begitu pedih dan terhiris apabila wajah Fuzuan bermain-main di kotak fikirannya.

bersambung............

Sunday, August 30, 2009

I LOVE U




Hari ini entah kenapa hati aku rasa sedih sangat...
Perasaan kecewa dan cemburu bertandang...
Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba datang tanpa di undang...
Kerana sedikit perbuatan aku merasa cukup kecewa...
Siapa aku di sisinya sebenarnya...
Adakah aku hanya boneka dan pelakon di sisinya...
Betapa aku kasih dan sayang padanya...
Apa yang perlu aku lakukan lagi untuknya bagi menunjukkan kasih ku padanya...
Semuanya telah aku lakukan...
Namun aku terima jika dia sudah menemui pengganti diriku...
Aku rela berundur...
Aku tak sanggup untuk memaksa orang menyayangi diri ini...
Siapa la aku...
Namun ketahuilah bahawa aku terlalu mencintainya...
Aku mencintaimu sepenuh hati...

Thursday, July 9, 2009

Hari Anugerah 2009

Hai..dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog nie...bukan apa sibuk sikit sejak kebelakangan nie...keje sekolah menimbun-nimbun semuanya kena siapkan. Baru-baru nie Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah. Tahun nie aku dah bertekad nak buat yang terbaik untuk SK Pokok Asam. Dah lama aku mengidam-idamkan nak buat tarian sebab aku terlalu minat. Akhirnya tahun nie dengan kerjasama penari-penari aku alhamdulilah akhirnya dapat jugak aku buat persembahan tarian kat sekolah. Pastu aku kena buat buku program untuk VVIP dan VIP. Aku buat yang terbaik jugak untuk buku program tu. Aku puas hati walaupun aku penat sangat dengan kerja-kerja tu semua. Tahun nie adalah tahun akhir aku di SK Pokok Asam. Aku harap apabila aku melangkah keluar dari SK Pokok Asam aku mampu tersenyum puas dan tak rasa bersalah lagi. Walaupun hasil kerja aku tak dihargai pun aku tak kisah. Aku terima ada cikgu-cikgu yang perli aku pasal tarian aku tak kisah. Janji aku dah laksanakan apa yang sepatutnya seorang guru muzik patut buat. Pada semua kawan-kawan aku gembira sangat sebab Hari Anugerah tahun nie cukup bermakna buat aku. Buat Zul Azhar, Daniel, Fitri, Shahredzuan dan Fendi terima kasih banyak-banyak kerana kamu semua telah menyempurnakan hajat cikgu. Terima kasih. Pada cikgu Syuhaila dan cikgu Norhafizah serta cikgu Nafisah terima kasih. Jasa kalian tetap dalam ingatan.

Tuesday, June 2, 2009

Mengapa Sepi Tanpa Berita

Lagu ini saya tujukan pada seseorang yang jauh di mata tapi dekat dihati...
Dan pada tika ini ketahuilah bahawa aku sangat merindui kamu.....
Kirimkanlah beritamu padaku walau hanya sebaris ayat....

Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati

Ingin Tahu

Tidak sukar untuk ku membaca hati mu
Bila mata lebih lantang bersuara
Apa ku percaya dedaun mekar di pepohon
Rupanya gugur di musim luruh

Dalam diam cinta telah merubah hati
Dalam diam persimpangan menanti
Bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
Tiada sinar kasih menyinari

Mungkin diri mu dah ada pengganti
Yang melukis senyuman hati mu dah dicuri
Mungkin juga diriku sudah menyusahkan
Tidak sempurna lagi apa itu kah di hati

Demi kasih kita katakanlah sayang
Hanya awan mendung yang kan menanti kita
Tak guna berpura jika hati tawar
Oh demi kasih kita ikhlaslah pada ku
Masihkah punya ruang di sudut hati mu
Atau dah tertutup pintu di hati mu
Katakan ku ingin tahu
Ingin tahu kerna masih sayangkan mu

Dah ku faham bibir enggan berbicara
Mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
Setelah sekian lama impian di bina bersama
Namun takdir punya kisah berbeza

Tak terbayang pedih rasa di hati
Tak pernah ku alami tak bisa di ubati
Tanpa mu di sisi ku bagai hilang punca
Ku hilang segalanya hanya kau saja ku cinta