BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 30, 2009

I LOVE U




Hari ini entah kenapa hati aku rasa sedih sangat...
Perasaan kecewa dan cemburu bertandang...
Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba datang tanpa di undang...
Kerana sedikit perbuatan aku merasa cukup kecewa...
Siapa aku di sisinya sebenarnya...
Adakah aku hanya boneka dan pelakon di sisinya...
Betapa aku kasih dan sayang padanya...
Apa yang perlu aku lakukan lagi untuknya bagi menunjukkan kasih ku padanya...
Semuanya telah aku lakukan...
Namun aku terima jika dia sudah menemui pengganti diriku...
Aku rela berundur...
Aku tak sanggup untuk memaksa orang menyayangi diri ini...
Siapa la aku...
Namun ketahuilah bahawa aku terlalu mencintainya...
Aku mencintaimu sepenuh hati...

Thursday, July 9, 2009

Hari Anugerah 2009

Hai..dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog nie...bukan apa sibuk sikit sejak kebelakangan nie...keje sekolah menimbun-nimbun semuanya kena siapkan. Baru-baru nie Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah. Tahun nie aku dah bertekad nak buat yang terbaik untuk SK Pokok Asam. Dah lama aku mengidam-idamkan nak buat tarian sebab aku terlalu minat. Akhirnya tahun nie dengan kerjasama penari-penari aku alhamdulilah akhirnya dapat jugak aku buat persembahan tarian kat sekolah. Pastu aku kena buat buku program untuk VVIP dan VIP. Aku buat yang terbaik jugak untuk buku program tu. Aku puas hati walaupun aku penat sangat dengan kerja-kerja tu semua. Tahun nie adalah tahun akhir aku di SK Pokok Asam. Aku harap apabila aku melangkah keluar dari SK Pokok Asam aku mampu tersenyum puas dan tak rasa bersalah lagi. Walaupun hasil kerja aku tak dihargai pun aku tak kisah. Aku terima ada cikgu-cikgu yang perli aku pasal tarian aku tak kisah. Janji aku dah laksanakan apa yang sepatutnya seorang guru muzik patut buat. Pada semua kawan-kawan aku gembira sangat sebab Hari Anugerah tahun nie cukup bermakna buat aku. Buat Zul Azhar, Daniel, Fitri, Shahredzuan dan Fendi terima kasih banyak-banyak kerana kamu semua telah menyempurnakan hajat cikgu. Terima kasih. Pada cikgu Syuhaila dan cikgu Norhafizah serta cikgu Nafisah terima kasih. Jasa kalian tetap dalam ingatan.

Tuesday, June 2, 2009

Mengapa Sepi Tanpa Berita

Lagu ini saya tujukan pada seseorang yang jauh di mata tapi dekat dihati...

Dan pada tika ini ketahuilah bahawa aku sangat merindui kamu.....
Kirimkanlah beritamu padaku walau hanya sebaris ayat....

Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati

Ingin Tahu

Tidak sukar untuk ku membaca hati mu
Bila mata lebih lantang bersuara
Apa ku percaya dedaun mekar di pepohon
Rupanya gugur di musim luruh

Dalam diam cinta telah merubah hati
Dalam diam persimpangan menanti
Bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
Tiada sinar kasih menyinari

Mungkin diri mu dah ada pengganti
Yang melukis senyuman hati mu dah dicuri
Mungkin juga diriku sudah menyusahkan
Tidak sempurna lagi apa itu kah di hati

Demi kasih kita katakanlah sayang
Hanya awan mendung yang kan menanti kita
Tak guna berpura jika hati tawar
Oh demi kasih kita ikhlaslah pada ku
Masihkah punya ruang di sudut hati mu
Atau dah tertutup pintu di hati mu
Katakan ku ingin tahu
Ingin tahu kerna masih sayangkan mu

Dah ku faham bibir enggan berbicara
Mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
Setelah sekian lama impian di bina bersama
Namun takdir punya kisah berbeza

Tak terbayang pedih rasa di hati
Tak pernah ku alami tak bisa di ubati
Tanpa mu di sisi ku bagai hilang punca
Ku hilang segalanya hanya kau saja ku cinta

Sunday, May 31, 2009

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...

p/s:kekasihku tak mungkin ku tahu apa yang tersirat di hati kecilmu...jika aku yang yang bersalah aku mohon sejuta kemaafan darimu...maafkanlah aku.....

Saturday, May 30, 2009

Doa

Dalam keheningan malam ini...
Aku menadah tangan memohon agar dirimu berada dalam keadaan kesejahteraan...
Aku juga mendoakan semoga apa yang kau hajati tercapai...
Dari kejauhan ini juga aku berdoa agar dirimu sentiasa dirahmati...
Ingatlah bahawa diri ini amat menyanyangi mu...
Walaupun hati ini sedih dan pilu...
Namun doa tetap ku panjat padanya agar dirmu sentiasa diberkati...
Aku juga mengharapkan agar keputusan yang telah di buat ini dapat memberikan kebahagian padamu...
Semoga segala rintangan ini dapat diatasi oleh kita berdua...
Aku cuba meredakan kerinduan pada dirimu...
Ingatlah wahai insan bahawa tika dan saat ini aku amat merinduimu....



Berteman Sepi

Berteman Sepi 

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa


p/s...sesungguhnya sesuatu yang direntap dengan begitu pantas begitu menyakitkan. Jantung ini berhenti berdegup seketika...

Thursday, May 21, 2009

Hari Guru Peringkat Negeri Kedah



Hari nie saya menghadirkan diri untuk Majlis Pelancaran Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2009. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Kolej Universiti Insaniah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Sambutan begitu meriah dengan kehadiran para pendidik membanjiri dewan tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengapa hati ini tiba-tiba tersentuh dan air mata ini mengalir tanpa di sedari. Tersentuh hati saya apabila seorang guru membaca sajak Guru Oh Guru hasil nukilan Usman Awang. Terasa sangat diri ini belum layak untuk di panggil guru. Hati ini tersentuh lagi apabila sewaktu diumumkan Tokoh Guru bagi negeri Kedah. Beliau melangkah dengan diiringi oleh pelajar-pelajar dan juga guru-guru dengan iringan lagu Warisan yang didendangkan oleh 3 orang pelajar. Cukup menyentuh hati. Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mendidik seorang insan yang bernama Masrol Hazli Ismail. Cikgu kini saya juga telah di gelar "CIKGU". Jasamu guru hanya Allah yang dapat membalasnya. Kepada cikgu ku yang telah meninggal dunia ini iaitu cikgu Zabidi dan cikgu Mohamad semoga kalian ditempatkan bersama roh-roh mereka yang beriman. Amin.... Lihatlah dunia jasa semua guru ku mendidik insan kerdil ini sehingga menjadi insan yang berguna. TERIMA KASIH CIKGU..............

Sunday, May 17, 2009

Sakit Hati atau Kecewa


Kecewa atau sakit hati....

Kadang kala kita rasa kecewa dan rasa sakit hati....
Kecewa atau sakit hati...
Apa itu kecewa???
Apa itu sakit hati???
Kecewa mungkin kerana seseorang telah melakukan yang menyakitkan hati kita...
Sakit hati apabila seseorang itu mengecewakan kita....
Apabila dua perasaan ini bercampur di dalam dan menjadi satu...
Kita seperti tidak dapat membezakan sakit hati atau kecewa....
Tapi bagi saya kecewa dan kemudian sakit hati...
Atau kadang kala sakit hati dan kecewa...
Apa saja sanggup dilakukan apabila hati ini telah disakiti....
Dan tak sanggup lagi menatap muka orang yang menyakitkan hati kita...
Namun hati manusia mana ada yang sama....
Mungkin dia seorang pemaaf...
Tapi saya adalah manusia yang dikategorikan sebagai pendendam...

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru


Guru Pembina Negara Bangsa adalah tema Hari Guru bagi tahun 2009. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar pendidik atau guru di Malaysia. Kuatkanlah azam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik buat anak-anak bangsa kita tanpa mengira darjat dan keturunan. Tema tahun ini cukup mendalam dan tersirat jika diteliti secara terperinci. Pada masa kini tugas seorang guru begitu mencabar dan kekadang saya merasakan tidak terpikul tugasan yang diamanahkan kepada saya. Jika di lihat tugas seseorang guru memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Walaupun kita hanya bertugas separuh hari namun tugas yang di bawa oleh kita amat berat sekali. Semua insan yang berjaya kehidupannya dimulakan oleh seorang guru biasa yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Namun kecekalannya mendidik dan akhirnya menjadikan seseorang manusia itu manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kepada semua kawan-kawan di SK Pokok Asam saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada anda semua. Semoga anda menjadi guru yang mempunyai komitmen yang tinggi dan berjaya mengharungi semua rintangan yang mendatang.

Thursday, May 14, 2009

Hari Guru


Tanggal 16 Mei adalah sambutan Hari Guru bagi seluruh insan di Malaysia yang bergelar pendidik. Tahun nie adalah tahun ke-9 saya akan menyambut Hari Guru. Namun tahun nie rasa mcm kurang menarik sambutan yang bakal diadakan di SK Pokok Asam. Acara tahunan pada tahun nie kurang menarik berbanding tahun-tahun lepas. Acara kemuncak seperti pertukaran hadiah di antara guru-guru tidak lagi diadakan. Rasa macam tak meriah pulak la rasanya. Kebanyakan aktiviti semuanya berpusatkan kepada murid-murid. Ada suara-suara yang mengatakan kita menyambut hari guru hanyalah syok-syok sendiri. Jika kita fikirkan saya yang akan membuat majlis kepada kita jika kita yang sendiri tidak menguruskannya. Ermmm...tahun nie memang tak meriah la sambutan hari guru. Tapi apa-apa pun Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di SK Pokok Asam.

Wednesday, May 13, 2009

Salam Terakhir


Salam Terakhir 

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


Tuesday, May 12, 2009

Hospital

Hari nie dalam sejarah. 12 Mei 2009 saya ke hospital untuk membuat checkup. Sebenarnya dah lama nak pergi buat tapi rasa cukup menakutkan. Cuba cari seseorang yang dapat memberi kekuatan untuk melakukannya. Akhirnya ada teman yang memberi motovasi dan kekuatan dan akhirnya hari nie saya dah ke hospital. Pada 23 Ogos 2009 insyaallah saya akan menjalankan satu pembedahan tentang penyakit yang saya hadapi sekarang. Terima kasih pada teman tersebut yang memberi kekuatan pada diri nie. Terima kasih bebanyak. Waktu kat hospital jumpa kawan sekolah yang bekerja sebagai security guard kat situ. Dia teman saya sampai la habis rawatan. Ada juga la teman yang boleh teman sampai habis. Kalau tak jemu jugak nak kena menunggu kat hospital tu. Jadi saya akan tunggu 23 Ogos 2009 untuk membuat pembedahan tersebut. Walaupun ianya minor operation tapi perasaan takut tu tetap ada. 

Wednesday, May 6, 2009


Selamat Datang ke negeri Kedah. Untuk pengetahuan semua, musim di negeri Kedah sekarang adalah musim membajak. Semua pak tani turun ke sawah untuk membajak sawah. Musim menuai baru sahaja berlalu. Kini pak tani bertungkus lumus membanting tulang mengerjakan tanah sawah. Pada musim sebegini kawasan pertanian bising dengan deruman jentera pembajak atau orang Kedah panggil traktor. Anak-anak muda yang tidak bekerja membantu ibu bapa mengerjakan sawah mereka. Ada juga di kalangan anak muda yang mengambil upah membajak sawah. Apa pun janji ianya halal itu sudah mencukupi sebenarnya. Saya nie anak jati Kedah tapi sayang sawah tak tahu langsung macam mana nak kerjakannya. Mungkin saya kurang berminat kot. Tanah sawah ada tetapi saya memajaknya kepada orang kampung untuk mengerjakannya. Mungkin satu hari nanti kot selepas pencen saya akan menjadi pak tani. Boleh ke??? Hehehehe...

Saturday, May 2, 2009

Masjid Zahir

Dalam perjalanan balik dari hospital ke rumah. Saya berhenti sekejap untuk bersolat di Masjid Zahir Alor Setar. Masjid Zahir nie memang terkenal di negeri Kedah. Ia terletak berhadapan dengan Balairong Seri. Saya sempat juga mengambil gambar untuk tatapan pembaca keindahan Masjid Zahir.
Jadi kepada sesiapa yang berkunjung atau melawat negeri Kedah jangan lupa singgah di Masjid Zahir.

Thursday, April 30, 2009

Pemandangan


Malam nie sambil buat laman web sekolah tiba-tiba tangan rasa nak menaip sesuatu pada paparan blog. Malam nie badan rasa penat sangat. Mungkin disebabkan terlalu banyak sangat latihan boria pada 3 hari lepas. Badan rasa penat. Fikiran masih terbayang lagi pemandangan yang cantik yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh. Rasa tenang dan selesa sangat berada di situ. Pada waktu itu saya telah mengambil beberapa keping gambar buat tatapan pada sesiapa yang ingin melihat pemandangan cantik yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh.

Boria


Hari nie saya membawa pasukan boria sekolah untuk pertandingan boria Anti Dadah di Sekolah Kebangsaan Air Puteh. Setelah 3 hari berhempas pulas berlatih untuk membentuk pasukan tersebut dapatlah Johan untuk pertandingan tersebut. Best giler. Tapi bila difikirkan penat, rasa macam nak pengsan. Latihan berhari-hari nak buat persembahan cuma 10 minit je. Sampai je kat Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh juga cukup mengembirakan hati. Sekolah tu permadangan cantik sangat. Sempat jugalah saya mengambil 2-3 keping gambar untuk dimasukkan dalam blog ini di samping gambar-gambar pasukan boria. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam membentuk pasukan boria.

Wednesday, April 29, 2009

Memori

Malam nie tengah plan dan kumpulkan bahan untuk nak masukkan dalam laman web sekolah. Tahun nie penat jugak rasanya. Aktiviti terlalu padat tapi best sebab dapat buat balik boria. Rasanya dah 2 tahun tinggalkan boria. Saja malas nak masuk pertandingan. Tahun nie bertekad nak buat yang terbaik untuk sekolah sebab tahun nie adalah tahun terakhir di pokok asam. Harap-harap Pn. Sam'yah selaku guru besar bagi sokongan untuk perpindahan saya tahun nie. Lama dah duduk kat SK Pokok Asam dari Januari 2002 sampai la 2009. Tu yang buat segala-galanya untuk sekolah dengan harapan bila melangkah keluar dari sekolah tu ada jugak kenangan yang ditinggalkan. Kenangan di SK Pokok Asam nie tak boleh dilupakan kerana terlalu banyak memori untuk dikenangkan.

Tuesday, April 28, 2009

Luahan


Hari nie penat sangat buat latihan Boria kat sekolah. Dah la penat dengan latihan tu. Penat di tambah lagi dengan muka kawan-kawan yang macam tak berapa nak senang dengan kita. Malas nak layan sangat kalau dilayan lain pulak jadinya. Pastu buat tak tahu jelah. Tiba-tiba pinggang rasa sakit sangat. Rasa macam nak patah. Terus mintak kebenaran kat cikgu Faridah nak keluar pergi farmasi. Pergi je sorang-sorang. Sedih takde kawan-kawan pun yang ambik kisah. Balik dari farmasi telan ubat dan tidur kejap. Bangun dan buat latihan boria sampai pukul 4. Kesian pulak kat budak-budak boria kena marah. Tapi lepas tu baru ok. Pasng tu kak Zah datang buat latihan action song. Dia mintak tengok kejap. Best tengok budak-budak kecik menari. Hilang sikit rasa tension. Pastu terus balik umah.

Sunday, April 26, 2009

Bukan Belas Bukan Simpati


Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang
Andainya engkau pepohon nan rimbun
Bawah bayangmu aku menumpang

Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu
Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa

Busy body


Busy body. Dulu perkataan nie selalunya ditujukan pada pompuan je. Tapi sekarang species lelaki pun banyak yang busy body. Saya hairan kenapa apabila kita buat sesuatu semua tak kena. Tapi kalau diaorang yang buat semuanya kena. Mengapa sesetengah orang terlalu sangat busy body. Suka sangat ambik tahu hal orang lain. Sedangkan hal sendiri pun tak kemana. Kadang-kala naik menyampah pun ada. Saya paling tak suka apabila orang lain suka sangat ambik tahu masalah peribadi saya. Kadang-kala nak jugak kata ikut saya la nak buat apa pun. Saya bukannya mintak duit diaorang nek beli itu nak beli ini. Saya tak kisah diaorang nak pakai apa, nak beli apa, nak pergi mana dan nak buat apa. Itu hal diaorang. Jadi bila saya nak buat apa pun tak payah la ambik tahu.Kita kadang-kadang suka sangat ambik tahu hal orang. Hal kita sendiri tak diselesaikan. Jadi jangan la busy sangat. Buat hal masing-masing lah..Okey...

Jeruk


Minggu lepas cikgu Masrol buat projek jeruk mempelam dengan murid-murid tahun 6. Biasa la untuk PEKA sains. Buat jeruk nie seronok buat banyak jemput kawan-kawan makan. Tahun nie jeruk cikgu Masrol menjadi je. Dapatlah kawan-kawan rasa jeruk tu. Hehehe seronok rasanya bila murid-murid makan jeruk macam makan nasi. Kepada kawan-kawan yang tak sempat merasa tu mintak maaf la tak sempat nak agih-agihkan. Selalunya kalau ada yang teringin diaorang datang sendiri kat makmal sains. Faham-faham jelah. Tak kan berantar pulak kan!!! Apa pun projek menjadi tahun nie. Tengok pic tu cikgu Azizah tengah merasa jeruk pelam tu. Cikgu Azizah nie best friend cikgu Masrol sebenarnya. Sedap kan kak Zah jeruk tu!!!

Saturday, April 25, 2009

Kemas..kemas...kemas



Tahun 2009 nie sebenarnya amat bersejarah bagi cikgu Masrol. Sejak saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pokok Asam pada tahun 2001 saya hanya sempat 2 tahun saja duduk di dalam bilik guru. Selepas itu sampai akhir bulan April 2009 saya duduk di dalam perpustakaan. Akhirnya saya mendapat satu tempat di staffroom. Best sangat rasanya. Jadi saya mengemas tempat duduk saya bersebelahan cikgu Noor Aini. Di situ saya, cikgu Noor Aini, cikgu Nor Azizah dan cikgu Salwati berada pada satu tempat. Saya biasalah mesti nak balut meja saya. Siap beli pelapik meja warna purple walaupun saya memang tak minat colour tu. Tapi ok je lah. Tengok la cikgu Masrol sibuk mengemas mejanya.

Diet lagi..


Hari ini sebenarnya cikgu Masrol dah habis exam. Cikgu Masrol nak sambung kembali tajuk diet tu. Rupanya masa cikgu Masrol sibuk berdiet nie jadi tumpuan jugak. Ramai jugak kawan-kawan kat sekolah yang berdiet. Cikgu Masrol sekarang berdiet hanya makan roti je. Malam tu cikgu Saril nak makan sandwich pastu cikgu Masrol beri cadangan pada cikgu Saril gunakan telur rebus. Sedap sandwich guna telur rebus. Pagi esoknya cikgu Masrol pun buat jugak sandwich telur rebus dan bawak ke sekolah. Memang best sandwich telur rebus nie. Cikgu Masrol dah snap gambar tu. Sekarang rasa seronok sangat ngan badan sendiri dah turun 75 kg. Nanti boleh tengok gambar cikgu Masrol dan sandwich telur. Tengok la badan cikgu Masrol pakai baju slim cut. Hehehe

Tuesday, April 21, 2009

Diet

Malam nie rasanya malas nak tulis jiwang-jiwang lagi. Lepas nie blog nie dah jadi mcm rojak...Errmmm ok ke..Biasa la kadang-kadang tu mood baik, kadang-kadang tu mood membosankan. Malam nie nak cerita sikit pasal berat badan. Ayooo dulu kalau pasal makan dont worry cikgu Masrol tak pernah menolak...semua bedal...Pastu bila badan naik mcm kena pam, mula la rasa takut sangat. Terfikir pulak macam mana la kalau terkena diabetes. Eeii seram. Pastu jumpa satu member nama Hisham...Dia bagi tahu macam mana nak kurangkan berat badan tanpa menggunakan pil. Hisham cakap makan macam biasa cuma kurangkan pengambilan nasi. Boleh ke??? Sebelum nie nasi tu la jadi rutin harian. Kadang-kadang kat sekolah dan makan, balik rumah tibai lagi. Cuba dululah tengok macam mana. Mula-mula tu kurangkan nasi dari sepinggan jadi setengah pinggan. Pastu dari setengah jadi sesudu. Pastu saya terus tak ambik nasi. Aik!! ok je. Jadi saya tukar nasi kepada roti gandum.

Hisham cakap ambik sayur-sayuran, ikan atau ayam. Ini penting kerana semuanya mengandungi vitamin. Bestnya...berat badan cikgu Masrol akhirnya turun dari 83 kg kepada 75 kg. Hehehe...cikgu Masrol dah boleh pakai baju t.shirt slim cut...

Friday, April 17, 2009

Pengorbanan


Mengapa kekadang pengorbanan kita tak pernah dihargai....
Walaupun selautan pengorbanan yang dilakukan....
Ianya boleh dilupakan dalam sekelip mata demi satu dosa....
Kekadang diri merasakan betapa hancurnya hati ini....
Segala pengorbanan yang dilakukan hanya dipandang sepi....
Setelah diri ini berkorban untuk segalanya....
Masa depan juga digadaikan tetapi mereka membiarkan ianya begitu saja...
Dugaan demi dugaan terpaksa diharungi....
Kadang-kala pengorbanan kita sia-sia....
Nak ungkit dikatakan mengungkit...
Tak ungkit masing-masing seperti tak menghargainya....
Nak dibiarkan hati rasa sakit....
Diteruskan melukakan hati orang lain....
Hidup kadang kala memaksa kita melakukan sesuatu yang diluar batasan....
Pengorbanan lakukanlah ia jika orang menghargainya....

Monday, April 13, 2009


Kadang-kala hari-hari yang dilalui cukup memeritkan....

Namun sebagai manusia biasa apalah kudrat untuk melawan...

Namun perjalanan hidup perlu diteruskan jua....

Hati selalu berkata...betapa sedihnya jiwa ini....

Namun hati juga berkata.....

Perjalanan hidup ini perlu diteruskan....

Kadang-kala nampak gembira di wajah..

Tapi di hati hanya Tuhan saja yang mengetahui....

Aku tak pernah mengharapkan sesuatu yang menakjubkan dalam hidup ini...

Namun berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini...

Ku mohon keberkatan doa semoga hari mendatang menemui kebahagiaan......

Monday, April 6, 2009

Hati...


Kalau anda kata kasih...
Kasih la ia....
Kalau anda kata sayang....
Sayanglah ia.....
Apa pun tanggapan anda terhadap perkataan itu....
Hanya anda yang tahu.....
Kadangkala hati salah menafsir sesuatu....
Namun kita perlu bicara pada hati....
Apa sebenarnya yang ditafsir....
Hati kadangkala membicarakan apa yang sebenarnya dirasakan olehnya....
Minda hanya manfsir apa yang dirasakan oleh hati...
Jadi adakah hati bersama minda.....
Atau minda bersama hati....
Fikirkan apa yang dirasakan oleh anda....

Sunday, March 22, 2009

Pasrah


Aku telah cuba menjaga hubungan ini agar kukuh...

Namun ianya nampak begitu rapuh....

Aku korbankan segalanya untukmu yang tersayang...

Walau penat dan berbisanya badan nie aku gagahkan juga kaki melangkah....

Namun rasanya ia sia-sia...

Aku amat menyanyanginya....

Segalanya ku curahkan padanya...

Aku pasrah pada takdir yang telah ditentukan olehnya untukku....

Masa demi masa...

Aku mengingati dirinya...

Aku terlalu pedih dan sedih...

Aku kecewa...

Aku terluka...

Maafkanlah segala kesalahan ku....

Aku redha dengan keputusan mu...

Wednesday, March 11, 2009

Cinta


Cinta....


Benarlah kata orang bahawa cinta itu indah....

Cinta mampu membuatkan kita senyum sendirian...

Cinta menjadikan kita rasa di awang-awangan...

Cinta mampu menjadikan kita khayal...

Cinta ayat kerabat yang mampu membuatkan manusia alpa...

Cinta menjadikan uda dan dara...

Cinta melahirkan Shah Jehan dan Mumtaz....

Cinta mampu mengatasi segala-galanya...

Cinta mampu membuatkan seseorang resah dan gelisah...

Cinta adalah perasaan kebal yang mampu merutuhkan sebuah gunung...

Cinta....


Ku titipkan coretan ini buat seorang insan yang ku sayangi....

Walaupun kita jauh namun dekat di hati...

Andai kau merinduiku...

Ketahuilah bahawa angin Selat Tebrau menyampaikan perkhabaran mu....

Aku juga amat merinduimu....

Sunday, March 8, 2009

Kawan


Kawan


Kadang kala kawan boleh menjadi teman yang setia

Namun kadang kala kawan menjadi musuh

Kisah yang ingin ku titipkan ini akan menjadi sebahagian dari memoriku

Aku mempercayai sebagai seorang teman baik

Segala duka, cerita sedih, gembira ku kongsi bersama

Tak ku sedari rupanya ia membongkar kesemua ceritaku

Mengutuk ku dari belakang sudah menjadi adatnya

Seorang teman memberitahuku bahawa...

Segala kisah duka menjadi topik bualan mereka suami isteri

Menyedihkan lagi aku di pandang serong oleh teman-teman lain

Malu bercampur duka bila mengenangkannya

Mengapa sanggup seorang kawan mengkhianati kawan yang lain

Aku pasrah pada keadaan

Namun percayalah bahawa aku tidak lagi mempercayai seorang yang bernama kawan
Jangan mempercayai orang lain seperti kita mempercayai diri kita sendiri...

Biarlah rahsia hati menjadi rahsia hati

Jangan berkongsi....


Friday, February 27, 2009

Duka


Akhirnya...

Apa yang ku sangkakan selama ini terjadi...

Dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang perkhabaran...

Pedih hati in hanya Tuhan yang tahu....

Mengapa aku ditinggalkan sebegini rupa...

Setelah janji-janjinya kepada ku ditaburi...

Aku ditinggalkan dalam kelemasan...

Remuk redam hati ini tatkala ini...

SMS tidak di balas....

Panggilan tidak dijawab...

Apa salah ku....katakan walau hanya sepatah...

Supaya aku mengerti dan dapat menerima diri ini....

Jika begini kesudahannya ....

Aku pasrah pada ketentuannya...

Sedih bila diri ini dipermainkan sebegini rupa...

Mengapa diriku dijadikan sasaran untuk dilukakan....

Terima kasih atas segalanya...

Terima kasih kerana mengajar aku erti cinta...

Terima kasih kerana memberi aku harapan...

Terima kasih kerana sanggup menjadi teman....

Wassalam.....

Salam Terakhir


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang

Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran

Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan

Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan

MelaluiNya ku beri kemaafanKepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu

Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Maafkan aku andainya perlakuanku menyinggung perasaan mu...
Aku manusia yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan....
Izinkan ku berundur.....dari hidupmu....

Runtun


Bayu malam menghembus....

Menyapa tubuhku dalam kedinginan...

Terasa bagai di belai...di ulik dalam dakapan....

Hadirmu angin membawa perkhabaran...

Nun jauh di mata kekasihmu dalam keadaan yang cukup membahagiakan...

Kau kesepian dalam keheningan malam...

Kau seharusnya lari....

Membawa hatimu keluar jauh dari dirinya.....

Ku merasakan itulah yang perlu ku lakukan...

Jangan mengongkong dirinya kerana ketidaksempurnaan dirimu...

Jangan menyeksa batinnya dengan keegoaanmu...

Berputar minda ini memikirkannya....

Apakah patut ini ku khabarkan padanya....

Demi kebahagiaan dirinya aku melafazkannya....

Aku rela diri ini ditinggalkan ....

Daripada menyeksa kebahagian orang lain....

Kerana cara hidupnya amat berbeza...

Aku tidak layak untuk bersamanya....

Aku akur dengan kehendaknya.....

Aku rela melepaskannya....

Sampai di sini hubungan kita...

Izinkan aku mengundur diri buat selamanya....


Wednesday, February 25, 2009

Sepi


Mengapa kekadang kita terasa sepi....

Kata orang sepi itu indah...

Ye ke???

Bagiku sepi itu mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata...

Aku tak mahu berada dalam keadaan sepi...

Bosan...sedih..kecewa....akan menyebabkan kita sepi...

Tapi bagaimana nak melawan sepi...

Sepi datang tanpa di undang...

Datangnya sepi meruntun jiwa seseorang....

Aku akui jiwa aku halus..

Mudah tersentuh...terusik....dan sehinggakan aku mampu membuat sesuatu di luar dugaan...

Kerana itu aku takut berada dalam keadaan sepi....

Mengapa tuhan menjadikan aku...

Jika hanya semata-mata untuk berada di dalam keadaan yang sepi....

Adakah dengan menangis aku dapat mengatasi sepi....

Sepi....sepi....sepi....

Sesungguhnya kau indah tetapi kekadangnya membuatkan aku pasrah kehadiran kau...

Kekasih


Aku kupintal buih-buih......
Menjadi tali mengikatmu.........
Akan ku anyam gelombang-gelombang........
Menjadi hamparan ranjang tidurmu...

Akan ku tenung awan gemawan........
Menjadi selendang menudungi rambutmu...
Akan ku jahit bayu gunung.........
Menjadi baju pakain malammu...

Akan ku petik bintang timur..
Menjadi keronsang menghiasi dadamu......
Akan ku jolok bulan gerhana........
Menjadi lampu menyuluhi rindu.......

Akan ku rebahkan mentari .......
Menjadi laut malammu menghirup sangkar madumu........
Kekasih hitunglan mimpi......
Yang membunuh realiti dari syurga Ilusi.......

Dari syurga Ilusi.......

Buat insan yang dirindui....

Diari Cinta


Dalam keheningan pagi
Hatiku tiba-tiba terusik dan terkenangkan akan dirinya
Jauh.....
Itu yang dapat digambarkan oleh mata akal..
Namun bila rindu itu bertandang..
Aku jadi tak keruan..
Gila ke aku...
Ku titip kata-kata ini
Buat mengenangkan dirinya yang jauh dari diriku..
Namun yang mendekatkan kami adalah hati....
Aku semakin resah bila mana berkumandang lagu Harapan...
Apalah dayaku...
Hanya mampu mengenangkan saat-saat indah aku bersamanya...
Kekadang aku merasakan bahawa dia bukan untukku..
Tapi mengapa sesekali aku merasa cemburu...
Tak dapat ku mentafsirkan apa yang tersirat di dalam hati ini......

Tuesday, February 24, 2009

Harapan



Doaku agar kau bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskan lah diri ku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa


Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Mengenai Saya

My photo
Alor Setar / Pendang, Kedah, Malaysia