BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 23, 2010

Pepatah



Ada pepatah yang mengatakan "Bila kita memandang bintang berkedipan di langit jangan pula kita lupa rumput di bumi yang di pijak". Pepatah ini cukup sinonim dengan kita kerana kealpaan kita dalam mengharungi hidup ini. Kita selalu lupa apabila sudah menjawat jawatan yang tinggi sehingga lupa kepada mereka yang berada di bawah. Kita perlu sedar bahawa kerana kita juga bermula dari bawah sebelum mendapat sesuatu yang tinggi yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita. Jangan sesekali kita merasa bongkak dan sombong. Kerana kesombongan dan kebongkakan diri kita akan memakan diri sendiri.

Seperti pepatah mengatakan "hidup kita ibarat roda sekejap di bawah dan sekejap di atas". Semasa kita berada di atas kita merasakan megahnya kita tetapi suatu hari jika kita berada di bawah rasakanlah betapa teruknya dan azabnya kita. Renung-renungkan....

Thursday, April 8, 2010

CINTA

Cinta...

Apa erti CINTA?
Terdapat berbagai pengertian cinta...
Hanya orang yang berada di dalam percintaan tahu erti CINTA
Cinta bukan hanya kepada manusia tetapi cinta kepada pencipta kita

Cinta boleh membuatkan seseorang itu buta
Cinta juga boleh membuatkan seseorang itu merasa amat bahagia
Cinta juga boleh menjadikan seseorang itu gila
Cinta juga mampu mengubah seseorang

Namun sebagai seorang manusia yang berakal
Kita perlu fikir tentang baik dan buruknya sesuatu
Jangan biarkan CINTA itu menguasai diri kita
Berbahagialah bagi mereka yang pandai menguruskan CINTA

Semoga kita sentiasa mencintai dan dicintai.

Wednesday, April 7, 2010

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Tuesday, April 6, 2010

Kembali

Assalamualaikum semua...
Rasanya sudah lama saya tak menceritakan dan menzahirkan kehidupan saya. Masa yang tak mengizinkan saya. Insyaallah saya akan kembali seperti dulu. Minggu nie saya ada exam kat IPDA. Alhamdulilah dapat saya menjawab dengan baik. Berkat doa orang tersayang. Esok kena pergi sekolah mcm biasa. Banyak juga keja nak kena siapkan malam. Maklum la sekarang SK Pokok Asam telah bertukar guru besar jadi banyak perubahan yang telah dibuat olehnya.

Mengenai Saya

My photo
Alor Setar / Pendang, Kedah, Malaysia