Ada pepatah yang mengatakan "Bila kita memandang bintang berkedipan di langit jangan pula kita lupa rumput di bumi yang di pijak". Pepatah ini cukup sinonim dengan kita kerana kealpaan kita dalam mengharungi hidup ini. Kita selalu lupa apabila sudah menjawat jawatan yang tinggi sehingga lupa kepada mereka yang berada di bawah. Kita perlu sedar bahawa kerana kita juga bermula dari bawah sebelum mendapat sesuatu yang tinggi yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita. Jangan sesekali kita merasa bongkak dan sombong. Kerana kesombongan dan kebongkakan diri kita akan memakan diri sendiri.
Seperti pepatah mengatakan "hidup kita ibarat roda sekejap di bawah dan sekejap di atas". Semasa kita berada di atas kita merasakan megahnya kita tetapi suatu hari jika kita berada di bawah rasakanlah betapa teruknya dan azabnya kita. Renung-renungkan....




0 ulasan:
Post a Comment