BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 22, 2009

Pasrah


Aku telah cuba menjaga hubungan ini agar kukuh...

Namun ianya nampak begitu rapuh....

Aku korbankan segalanya untukmu yang tersayang...

Walau penat dan berbisanya badan nie aku gagahkan juga kaki melangkah....

Namun rasanya ia sia-sia...

Aku amat menyanyanginya....

Segalanya ku curahkan padanya...

Aku pasrah pada takdir yang telah ditentukan olehnya untukku....

Masa demi masa...

Aku mengingati dirinya...

Aku terlalu pedih dan sedih...

Aku kecewa...

Aku terluka...

Maafkanlah segala kesalahan ku....

Aku redha dengan keputusan mu...

Wednesday, March 11, 2009

Cinta


Cinta....


Benarlah kata orang bahawa cinta itu indah....

Cinta mampu membuatkan kita senyum sendirian...

Cinta menjadikan kita rasa di awang-awangan...

Cinta mampu menjadikan kita khayal...

Cinta ayat kerabat yang mampu membuatkan manusia alpa...

Cinta menjadikan uda dan dara...

Cinta melahirkan Shah Jehan dan Mumtaz....

Cinta mampu mengatasi segala-galanya...

Cinta mampu membuatkan seseorang resah dan gelisah...

Cinta adalah perasaan kebal yang mampu merutuhkan sebuah gunung...

Cinta....


Ku titipkan coretan ini buat seorang insan yang ku sayangi....

Walaupun kita jauh namun dekat di hati...

Andai kau merinduiku...

Ketahuilah bahawa angin Selat Tebrau menyampaikan perkhabaran mu....

Aku juga amat merinduimu....

Sunday, March 8, 2009

Kawan


Kawan


Kadang kala kawan boleh menjadi teman yang setia

Namun kadang kala kawan menjadi musuh

Kisah yang ingin ku titipkan ini akan menjadi sebahagian dari memoriku

Aku mempercayai sebagai seorang teman baik

Segala duka, cerita sedih, gembira ku kongsi bersama

Tak ku sedari rupanya ia membongkar kesemua ceritaku

Mengutuk ku dari belakang sudah menjadi adatnya

Seorang teman memberitahuku bahawa...

Segala kisah duka menjadi topik bualan mereka suami isteri

Menyedihkan lagi aku di pandang serong oleh teman-teman lain

Malu bercampur duka bila mengenangkannya

Mengapa sanggup seorang kawan mengkhianati kawan yang lain

Aku pasrah pada keadaan

Namun percayalah bahawa aku tidak lagi mempercayai seorang yang bernama kawan
Jangan mempercayai orang lain seperti kita mempercayai diri kita sendiri...

Biarlah rahsia hati menjadi rahsia hati

Jangan berkongsi....


Mengenai Saya

My photo
Alor Setar / Pendang, Kedah, Malaysia