Thursday, April 30, 2009
Pemandangan
Boria
Wednesday, April 29, 2009
Memori

Tuesday, April 28, 2009
Luahan
Sunday, April 26, 2009
Bukan Belas Bukan Simpati

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang
Andainya engkau pepohon nan rimbun
Bawah bayangmu aku menumpang
Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu
Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati
Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa
Busy body
Jeruk

Minggu lepas cikgu Masrol buat projek jeruk mempelam dengan murid-murid tahun 6. Biasa la untuk PEKA sains. Buat jeruk nie seronok buat banyak jemput kawan-kawan makan. Tahun nie jeruk cikgu Masrol menjadi je. Dapatlah kawan-kawan rasa jeruk tu. Hehehe seronok rasanya bila murid-murid makan jeruk macam makan nasi. Kepada kawan-kawan yang tak sempat merasa tu mintak maaf la tak sempat nak agih-agihkan. Selalunya kalau ada yang teringin diaorang datang sendiri kat makmal sains. Faham-faham jelah. Tak kan berantar pulak kan!!! Apa pun projek menjadi tahun nie. Tengok pic tu cikgu Azizah tengah merasa jeruk pelam tu. Cikgu Azizah nie best friend cikgu Masrol sebenarnya. Sedap kan kak Zah jeruk tu!!!
Saturday, April 25, 2009
Kemas..kemas...kemas

Tahun 2009 nie sebenarnya amat bersejarah bagi cikgu Masrol. Sejak saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pokok Asam pada tahun 2001 saya hanya sempat 2 tahun saja duduk di dalam bilik guru. Selepas itu sampai akhir bulan April 2009 saya duduk di dalam perpustakaan. Akhirnya saya mendapat satu tempat di staffroom. Best sangat rasanya. Jadi saya mengemas tempat duduk saya bersebelahan cikgu Noor Aini. Di situ saya, cikgu Noor Aini, cikgu Nor Azizah dan cikgu Salwati berada pada satu tempat. Saya biasalah mesti nak balut meja saya. Siap beli pelapik meja warna purple walaupun saya memang tak minat colour tu. Tapi ok je lah. Tengok la cikgu Masrol sibuk mengemas mejanya.
Diet lagi..

Hari ini sebenarnya cikgu Masrol dah habis exam. Cikgu Masrol nak sambung kembali tajuk diet tu. Rupanya masa cikgu Masrol sibuk berdiet nie jadi tumpuan jugak. Ramai jugak kawan-kawan kat sekolah yang berdiet. Cikgu Masrol sekarang berdiet hanya makan roti je. Malam tu cikgu Saril nak makan sandwich pastu cikgu Masrol beri cadangan pada cikgu Saril gunakan telur rebus. Sedap sandwich guna telur rebus. Pagi esoknya cikgu Masrol pun buat jugak sandwich telur rebus dan bawak ke sekolah. Memang best sandwich telur rebus nie. Cikgu Masrol dah snap gambar tu. Sekarang rasa seronok sangat ngan badan sendiri dah turun 75 kg. Nanti boleh tengok gambar cikgu Masrol dan sandwich telur. Tengok la badan cikgu Masrol pakai baju slim cut. Hehehe
Tuesday, April 21, 2009
Diet
Malam nie rasanya malas nak tulis jiwang-jiwang lagi. Lepas nie blog nie dah jadi mcm rojak...Errmmm ok ke..Biasa la kadang-kadang tu mood baik, kadang-kadang tu mood membosankan. Malam nie nak cerita sikit pasal berat badan. Ayooo dulu kalau pasal makan dont worry cikgu Masrol tak pernah menolak...semua bedal...Pastu bila badan naik mcm kena pam, mula la rasa takut sangat. Terfikir pulak macam mana la kalau terkena diabetes. Eeii seram. Pastu jumpa satu member nama Hisham...Dia bagi tahu macam mana nak kurangkan berat badan tanpa menggunakan pil. Hisham cakap makan macam biasa cuma kurangkan pengambilan nasi. Boleh ke??? Sebelum nie nasi tu la jadi rutin harian. Kadang-kadang kat sekolah dan makan, balik rumah tibai lagi. Cuba dululah tengok macam mana. Mula-mula tu kurangkan nasi dari sepinggan jadi setengah pinggan. Pastu dari setengah jadi sesudu. Pastu saya terus tak ambik nasi. Aik!! ok je. Jadi saya tukar nasi kepada roti gandum.
Hisham cakap ambik sayur-sayuran, ikan atau ayam. Ini penting kerana semuanya mengandungi vitamin. Bestnya...berat badan cikgu Masrol akhirnya turun dari 83 kg kepada 75 kg. Hehehe...cikgu Masrol dah boleh pakai baju t.shirt slim cut...
Friday, April 17, 2009
Pengorbanan

Mengapa kekadang pengorbanan kita tak pernah dihargai....
Walaupun selautan pengorbanan yang dilakukan....
Ianya boleh dilupakan dalam sekelip mata demi satu dosa....
Kekadang diri merasakan betapa hancurnya hati ini....
Segala pengorbanan yang dilakukan hanya dipandang sepi....
Setelah diri ini berkorban untuk segalanya....
Masa depan juga digadaikan tetapi mereka membiarkan ianya begitu saja...
Dugaan demi dugaan terpaksa diharungi....
Kadang-kala pengorbanan kita sia-sia....
Nak ungkit dikatakan mengungkit...
Tak ungkit masing-masing seperti tak menghargainya....
Nak dibiarkan hati rasa sakit....
Diteruskan melukakan hati orang lain....
Hidup kadang kala memaksa kita melakukan sesuatu yang diluar batasan....
Pengorbanan lakukanlah ia jika orang menghargainya....
Monday, April 13, 2009
Monday, April 6, 2009
Hati...

Kalau anda kata kasih...
Kasih la ia....
Kalau anda kata sayang....
Sayanglah ia.....
Apa pun tanggapan anda terhadap perkataan itu....
Hanya anda yang tahu.....
Kadangkala hati salah menafsir sesuatu....
Namun kita perlu bicara pada hati....
Apa sebenarnya yang ditafsir....
Hati kadangkala membicarakan apa yang sebenarnya dirasakan olehnya....
Minda hanya manfsir apa yang dirasakan oleh hati...
Jadi adakah hati bersama minda.....
Atau minda bersama hati....
Fikirkan apa yang dirasakan oleh anda....






