Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi
Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka
Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...
Kemaafan dendam yang terindah...
Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...
Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...
Sunday, May 31, 2009
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Saturday, May 30, 2009
Doa
Berteman Sepi
Berteman Sepi
Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh
Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku
Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu
Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang
Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi
Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa
Thursday, May 21, 2009
Hari Guru Peringkat Negeri Kedah

Hari nie saya menghadirkan diri untuk Majlis Pelancaran Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2009. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Kolej Universiti Insaniah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Sambutan begitu meriah dengan kehadiran para pendidik membanjiri dewan tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengapa hati ini tiba-tiba tersentuh dan air mata ini mengalir tanpa di sedari. Tersentuh hati saya apabila seorang guru membaca sajak Guru Oh Guru hasil nukilan Usman Awang. Terasa sangat diri ini belum layak untuk di panggil guru. Hati ini tersentuh lagi apabila sewaktu diumumkan Tokoh Guru bagi negeri Kedah. Beliau melangkah dengan diiringi oleh pelajar-pelajar dan juga guru-guru dengan iringan lagu Warisan yang didendangkan oleh 3 orang pelajar. Cukup menyentuh hati. Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mendidik seorang insan yang bernama Masrol Hazli Ismail. Cikgu kini saya juga telah di gelar "CIKGU". Jasamu guru hanya Allah yang dapat membalasnya. Kepada cikgu ku yang telah meninggal dunia ini iaitu cikgu Zabidi dan cikgu Mohamad semoga kalian ditempatkan bersama roh-roh mereka yang beriman. Amin.... Lihatlah dunia jasa semua guru ku mendidik insan kerdil ini sehingga menjadi insan yang berguna. TERIMA KASIH CIKGU..............
Sunday, May 17, 2009
Sakit Hati atau Kecewa
Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru
Thursday, May 14, 2009
Hari Guru

Tanggal 16 Mei adalah sambutan Hari Guru bagi seluruh insan di Malaysia yang bergelar pendidik. Tahun nie adalah tahun ke-9 saya akan menyambut Hari Guru. Namun tahun nie rasa mcm kurang menarik sambutan yang bakal diadakan di SK Pokok Asam. Acara tahunan pada tahun nie kurang menarik berbanding tahun-tahun lepas. Acara kemuncak seperti pertukaran hadiah di antara guru-guru tidak lagi diadakan. Rasa macam tak meriah pulak la rasanya. Kebanyakan aktiviti semuanya berpusatkan kepada murid-murid. Ada suara-suara yang mengatakan kita menyambut hari guru hanyalah syok-syok sendiri. Jika kita fikirkan saya yang akan membuat majlis kepada kita jika kita yang sendiri tidak menguruskannya. Ermmm...tahun nie memang tak meriah la sambutan hari guru. Tapi apa-apa pun Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di SK Pokok Asam.
Wednesday, May 13, 2009
Salam Terakhir

Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Tuesday, May 12, 2009
Hospital
Hari nie dalam sejarah. 12 Mei 2009 saya ke hospital untuk membuat checkup. Sebenarnya dah lama nak pergi buat tapi rasa cukup menakutkan. Cuba cari seseorang yang dapat memberi kekuatan untuk melakukannya. Akhirnya ada teman yang memberi motovasi dan kekuatan dan akhirnya hari nie saya dah ke hospital. Pada 23 Ogos 2009 insyaallah saya akan menjalankan satu pembedahan tentang penyakit yang saya hadapi sekarang. Terima kasih pada teman tersebut yang memberi kekuatan pada diri nie. Terima kasih bebanyak. Waktu kat hospital jumpa kawan sekolah yang bekerja sebagai security guard kat situ. Dia teman saya sampai la habis rawatan. Ada juga la teman yang boleh teman sampai habis. Kalau tak jemu jugak nak kena menunggu kat hospital tu. Jadi saya akan tunggu 23 Ogos 2009 untuk membuat pembedahan tersebut. Walaupun ianya minor operation tapi perasaan takut tu tetap ada.
Wednesday, May 6, 2009

Selamat Datang ke negeri Kedah. Untuk pengetahuan semua, musim di negeri Kedah sekarang adalah musim membajak. Semua pak tani turun ke sawah untuk membajak sawah. Musim menuai baru sahaja berlalu. Kini pak tani bertungkus lumus membanting tulang mengerjakan tanah sawah. Pada musim sebegini kawasan pertanian bising dengan deruman jentera pembajak atau orang Kedah panggil traktor. Anak-anak muda yang tidak bekerja membantu ibu bapa mengerjakan sawah mereka. Ada juga di kalangan anak muda yang mengambil upah membajak sawah. Apa pun janji ianya halal itu sudah mencukupi sebenarnya. Saya nie anak jati Kedah tapi sayang sawah tak tahu langsung macam mana nak kerjakannya. Mungkin saya kurang berminat kot. Tanah sawah ada tetapi saya memajaknya kepada orang kampung untuk mengerjakannya. Mungkin satu hari nanti kot selepas pencen saya akan menjadi pak tani. Boleh ke??? Hehehehe...




