BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

Hari Anugerah 2009

Hai..dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog nie...bukan apa sibuk sikit sejak kebelakangan nie...keje sekolah menimbun-nimbun semuanya kena siapkan. Baru-baru nie Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah. Tahun nie aku dah bertekad nak buat yang terbaik untuk SK Pokok Asam. Dah lama aku mengidam-idamkan nak buat tarian sebab aku terlalu minat. Akhirnya tahun nie dengan kerjasama penari-penari aku alhamdulilah akhirnya dapat jugak aku buat persembahan tarian kat sekolah. Pastu aku kena buat buku program untuk VVIP dan VIP. Aku buat yang terbaik jugak untuk buku program tu. Aku puas hati walaupun aku penat sangat dengan kerja-kerja tu semua. Tahun nie adalah tahun akhir aku di SK Pokok Asam. Aku harap apabila aku melangkah keluar dari SK Pokok Asam aku mampu tersenyum puas dan tak rasa bersalah lagi. Walaupun hasil kerja aku tak dihargai pun aku tak kisah. Aku terima ada cikgu-cikgu yang perli aku pasal tarian aku tak kisah. Janji aku dah laksanakan apa yang sepatutnya seorang guru muzik patut buat. Pada semua kawan-kawan aku gembira sangat sebab Hari Anugerah tahun nie cukup bermakna buat aku. Buat Zul Azhar, Daniel, Fitri, Shahredzuan dan Fendi terima kasih banyak-banyak kerana kamu semua telah menyempurnakan hajat cikgu. Terima kasih. Pada cikgu Syuhaila dan cikgu Norhafizah serta cikgu Nafisah terima kasih. Jasa kalian tetap dalam ingatan.

Mengenai Saya

My photo
Alor Setar / Pendang, Kedah, Malaysia